web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Serbuan Pusat Hiburan, 192 Pelanggan Dikompaun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 8:18PM

Polis melakukan pemeriksaan di sebuah kelab malam di ibu kota, awal pagi tadi dan mengeluarkan kompaun kepada mereka yang melanggar SOP. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 192 pelanggan berputih mata apabila dikompaun RM1,000 setiap seorang, dalam serbuan yang dijalankan Polis Kuala Lumpur terhadap tiga pusat hiburan di ibu negara, awal pagi tadi.

Menerusi serbuan itu, tiga pekerja pusat hiburan turut ditahan bersama lima warga asing atas pelbagai kesalahan.

Dalam operasi pertama oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sebuah pusat hiburan di Lorong Haji Taib 2, Jalan Chow Kit, pada jam 1 pagi semalam, seramai 27 individu iaitu 15 lelaki dan 10 wanita serta dua warga asing ditahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, semua 25 pelanggan warga tempatan dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang, manakala dua warga asing ditahan mengikut Akta Imigresen.

"Aktiviti pusat hiburan dan kelab malam jelas tidak dibenarkan mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, justeru orang ramai dinasihati terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Pihak polis akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan serta membuat pemantauan ke atas aktiviti kelab malam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisoner (ACP) Muhammad Idzam Jaafar berkata, seramai 146 pelanggan dan pekerja pusat hiburan, termasuk tiga warga asing ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

“Sejumlah kompaun dengan nilai keseluruhan RM146,000 dikeluarkan kepada pekerja dan pelanggan premis hiburan ini kerana disyaki menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen serta menggajikan pekerja asing tanpa permit sah.

“Polis turut merampas botol minuman keras pelbagai jenama selepas premis ini didapati menjual minuman keras tanpa lesen sah,” katanya.

Dalam satu lagi operasi berasingan, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, menerusi Bahagian Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) menyerbu sebuah pusat hiburan KTV di Jalan Ampang, pada jam 11.50 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC) Habibi Majinji berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun RM1,000 setiap seorang terhadap 17 pelanggan, tiga pekerja dan seorang penjaga premis berusia antara 22 hingga 50 tahun.

"Polis Kontinjen Kuala Lumpur akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik dan pengurus pusat hiburan yang masih berdegil menjalankan kegiatan tidak dibenarkan MKN.

"Polis juga akan mengesyorkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyita premis yang masih melanggar arahan kerajaan," katanya. - Getaran, 19 Mac 2022

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 56 minit yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad