web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7.5 Juta Individu Dewasa Belum Ambil Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 3:01PM

Orang ramai boleh membuat janji temu untuk dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot bermula 21 Mac ini di seluruh negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 7.5 juta atau 34.4 peratus golongan dewasa di negara ini masih belum mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu seramai 835,000 terdiri daripada warga emas.

Katanya, sebanyak 2.1 juta lagi membabitkan penerima vaksin primer Sinovac.

“Kumpulan ini akan kehilangan status lengkap vaksinasi pada 1 April jika tidak menerima booster. 

“Tempah janji temu di MySJ sekarang,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Khairy menegaskan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan melanjutkan lagi tempoh pemberian dos penggalak yang ditetapkan sehingga 31 Mac ini kepada penerima vaksin Sinovac.

Katanya, jika mereka masih enggan mendapatkan vaksin itu selepas tarikh berkenaan, status vaksinasi golongan terbabit akan bertukar kepada tidak lengkap.

KKM sebelum ini menetapkan tempoh akhirnya adalah sehingga 28 Februari lalu, namun dilanjutkan sehingga 31 Mac ini.

Semalam, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd memaklumkan, orang ramai boleh membuat janji temu untuk dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot bermula 21 Mac ini di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata, tempahan melalui aplikasi itu adalah inisiatif kerajaan selain janji temu yang telah ditetapkan oleh aplikasi MySejahtera.

Ia bertujuan meluaskan lagi liputan dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak dalam kalangan rakyat Malaysia sebelum status vaksinasi penuh ditarik balik daripada penerima vaksin primer lengkap (dos 1 dan dos 2) bagi yang tidak mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya 31 Mac ini.

"Tujuan kemudahan ini adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat dan tanggungjawab individu terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan meluaskan akses kepada program vaksinasi sedia ada terutamanya kepada warga emas bagi memastikan fasa peralihan kepada endemik yang akan bermula pada 1 April 2022 dapat dilaksanakan dengan selamat," katanya. 

Dr Anas berkata, warga emas yang tidak divaksinasi atau tidak diberi suntikan dos penggalak dengan komorbiditi mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi jika mereka dijangkiti COVID-19.

"Memandangkan Ramadan semakin menghampiri, dinasihatkan agar golongan ini segera mendapatkan dos penggalak secepat mungkin.Mari lindungi keluarga kita. Sama-sama kita tingkatkan tahap perlindungan kita sebelum memasuki fasa peralihan kepada endemik," katanya.

Orang ramai boleh merujuk laman web ProtectHealth di www.protecthealth.com.my untuk melihat senarai PPV pilihan yang berdaftar di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan di 'Find Vaccination Centre (PPV)'. - Getaran, 19 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad