web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 11,000 Kekosongan Perjawatan Dalam PDRM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 8:50PM

Anggota polis ketika menjalankan kawalan pada PRN Johor, 12 Mac lalu. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sebanyak 11,111 kekosongan perjawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) direkodkan sehingga 31 Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Zaini Jass.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 651 kekosongan perjawatan melibatkan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis (9,005 perjawatan) dan pegawai awam (1,455 perjawatan).

"Secara keseluruhan sehingga 31 Jan lepas, PDRM mempunyai 137,628 perjawatan merangkumi pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam dan kekosongan yang berlaku disebabkan kesukaran untuk melaksanakan latihan atau kursus bagi mengisi perjawatan yang ada, ekoran penularan COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan.

"Pada tahun ini kami sedang dan akan melatih sebanyak 5,000 individu bagi mengisi kekosongan jawatan pegawai rendah polis dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan dan baki kekosongan yang ada dijangka dapat diisi menjelang akhir tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun terdapat kekosongan perjawatan namun ia tidak menjejaskan kesiapsiagaan PDRM dalam menghadapi peralihan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata anggota atau pegawai polis boleh memohon untuk berpindah atau bertugas di negeri asal namun ia bergantung kepada beberapa syarat yang ditetapkan.

"Dasar kami tidak berubah. Mereka boleh membuat permohonan dan mempertimbangkannya tetapi umur mereka perlulah menghampiri usia persaraan dan terdapat kekosongan di negeri yang dimohon," katanya.

Terdahulu Zaini menyaksikan upacara serah tugas jawatan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali kepada  kepada Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah sebagai pemangku jawatan berkenaan.

Abdul Majid, 60, yang bersara wajib setelah hampir 40 tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM sejak 27 Dis 1982 berkata beliau akan melibatkan diri dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi fokus pada kebajikan masyarakat.

"Sebagai pegawai polis, saya telah lama memberi perkhidmatan dan mendampingi masyarakat jadi jiwa saya dengan masyarakat dah sebati...saya rasa saya tidak boleh berhenti untuk terus beri bakti tetapi bukan sebagai penguat kuasa undang-undang tetapi sebagai NGO," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 5 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad