web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Teruskan Larangan Merokok Tempat Awam - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 7:53PM

Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan  (KKM) akan terus menjalankan dan mempertingkatkan lagi penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam, selaras dengan rancangan kerajaan mengharamkan rokok, vape atau semua alat merokok kepada generasi yang lahir selepas tahun 2005.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, larangan merokok di tempat awam dan kedai makan sudah pun dikuatkuasakan sejak 2019 namun masih ada individu yang mengingkarinya.

Menurutnya, tindakan itu adalah satu perkara tidak bertanggungjawab, yang disifatkan sebagai ‘damn selfish’.

“Sejak beberapa bulan lalu KKM telah meningkatkan penguatkuasaan dan menjalankan operasi mencari dan mendenda perokok yang degil di kawasan bebas rokok.

“Pada bulan lalu, sebanyak 2,874 kompaun dikeluarkan, ini termasuk kepada perokok, premis yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan juga lain-lain yang melanggar peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004,” katanya dalam satu klip video yang dimuatnaik di TikTok miliknya hari ini.

Beliau turut menasihatkan supaya golongan perokok untuk tidak berbuat demikian di tempat awam terutamanya di berhampiran kanak-kanak.

“Janganlah merokok di tempat awam, jangan pentingkan diri, fikirkan orang di sekeliling terutamanya kanak-kanak.

“Jika tertulis dilarang merokok, jangan merokok!,” katanya.

Khairy berkata, penguatkuasaan akan terus dijalan dan dipertingkatkan selaras dengan rancangan kerajaan iaitu Generational Endgame bagi mewujudkan generasi baharu Malaysia yang bebas daripada merokok di masa depan.

“Saya juga baru saja terima memorandum daripada NGO (badan bukan kerajaan) yang menyokong Generational Endgame ini.

“Bagi yang lahir selepas 2005 dan sudah menjadi penagih nikotin KKM juga akan hebatkan lagi program berhenti merokok seperti ‘Jom Quit’,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 6 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad