web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Upah RM100, Rupanya Terbabit Curi Motosikal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 7:23PM

Polis sedang menjejaki individu dikenali sebagai 'Mamat Mulong' bagi membantu siasatan kes curi motosikal penghantar makanan di Damansara Damai. - Gambar tangkap layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Hanya kerana upah RM100, seorang lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes curi motosikal penghantar makanan di Damansara Damai, di sini, dengan menyamar sebagai anggota polis.

Dalam kejadian pada Rabu itu, pemilik motosikal jenis Yamaha RXZ terbabit hanya menyedari perkara berkenaan pada jam 5.20 petang apabila dimaklumkan pengawal keselamatan di pangsapuri didiaminya.

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa dimaklumkan bahawa motosikalnya diangkut menggunakan sebuah lori oleh dua individu yang mengaku sebagai anggota polis.

Menurutnya, pengawal keselamatan tersebut turut memaklumkan bahawa suspek ada mendaftarkan nama dan nombor kad pengenalan diri di pondok pengawal.

“Berdasarkan maklumat, pada jam 11.50 malam hari sama, sepasukan polis Petaling Jaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun di kawasan Mutiara Damansara kerana disyaki terbabit dalam kes yang sedang disiasat.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek mendakwa mengangkut motosikal tersebut dengan seorang lelaki iaitu kawan kepada ‘Mamat Mulong’ menggunakan sebuah lori dipandunya.

“Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori mendedahkan bahawa dia ditawarkan oleh rakannya iaitu ‘Mamat Mulong’ untuk kerja sambilan iaitu mengambil sebuah motosikal dengan upah RM100,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, penahanan itu membawa kepada rampasan sebuah lori, motosikal jenis Yamaha RXZ yang sudah tidak sempurna, empat telefon bimbit dan spanar di sekitar Kampung Tengah, Puchong.

“Suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A/170 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, polis sedang menjejaki individu dikenali sebagai ‘Mamat Mulong’ bagi membantu siasatan. Orang ramai yang mengenalinya diminta untuk tampil memberikan maklumat ke balai berhampiran atau menghubungi Sarjan Muhamad Azizi Bajan di talian 010-5882574,” katanya.

Kejadian turut dirakam oleh seorang individu dan memuat naiknya ke laman sosial Facebook yang memaparkan sebuah motosikal berwarna biru sedang diangkut ke dalam sebuah lori oleh dua lelaki. – Getaran, 18 Mac 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad