web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


48 Cerun Di Ampang Jaya Dalam Kategori Kritikal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 5:08PM

Kejadian di Taman Bukit Permai 2, Ampang, pada 10 Mac lalu telah mengorbankan 4 nyawa manakala seorang mengalami cedera ringan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dimaklumkan  sebanyak 48 daripada 118 cerun di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) adalah dalam kategori sangat kritikal dan memerlukan kos kira-kira hampir RM100 juta untuk pembaikan.   

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata bagaimanapun, kos sebenarnya bergantung kepada kajian lanjut oleh pakar seperti Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga telah memohon kerjasama daripada Ikram untuk melaksanakan kajian dan pembaikan lanjut cerun dalam kawasan PBT,” katanya semasa sesi penggulungan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada persidangan DUN Selangor hari ini.  

Ng berkata sebagai langkah awal, MPAJ melaksanakan lantikan panel kontraktor penyelenggaraan cerun berkategori sangat bahaya supaya tindakan awal penjagaan cerun dapat dilaksanakan dan sebarang tanda awal kegagalan cerun dapat diambil tindakan. 

Mengenai perancangan solusi jangka pendek bagi mitigasi banjir di peringkat PBT, beliau berkata perancangan berkenaan sedang diperkasakan lagi bagi memastikan keberkesanannya.

“Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Shah Alam sedang melaksanakan pelan tindakan banjir untuk sistem saliran perbandaran mampan (Shah Alam Sustainable Urban Drainage Master Plan) yang selari dengan pelan tindakan perubahan iklim,” katanya.

Beliau berkata Majlis Bandaraya Subang Jaya pula dalam proses pemasangan sistem amaran awal banjir di 11 kawasan dengan anggaran kos RM330,000 dan sedang melaksana Rancangan Komunikasi Banjir. 

“Sehubungan itu, PBT digalakkan untuk menggunakan teknologi yang dirangka sesuai dalam mitigasi banjir pada masa hadapan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad