web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teliti Kesan Pembukaan Sempadan Sebelum Tetap Tarikh PRU-15 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 4:18PM

Implikasi pembukaan sempadan pada 1 April ini akan menjadi penanda aras sebelum tarikh PRU-15 dimuktamadkan. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Implikasi pembukaan sempadan pada 1 April ini akan dijadikan penanda aras sebelum tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dimuktamadkan.

Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan meneliti kesan tersebut dalam tempoh beberapa bulan bagi memastikan keadaan kesihatan awam benar-benar stabil.

Khairy Jamaluddin - Gambar Sairien Nafis
Khairy Jamaluddin - Gambar Sairien Nafis

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) turut memantau kemunculan varian baharu COVID-19 memandangkan kadar jangkitan di negara Eropah mula meningkat ketika ini.

“Kita nak tengok lepas 1 April ini apabila lebih banyak lagi kelonggaran diberi, solat tarawih, hari raya, sama ada melonjak naik atau tidak. 

“Kes naik tak mengapa tetapi kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU), itu perkiraan kita. Saya nak tengok beberapa bulan lagi sama ada keadaan itu stabil atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Diminta mengulas mengenai ucapan dasar Presiden, Khairy melihat ia sebagai usaha untuk menyatukan dan membawa semangat keharmonian di dalam parti, terutama antara pemimpin parti dan pemimpin UMNO dalam kerajaan. 

“Sebelum ini wujud persepsi ada kabilah-kabilah tertentu, kiblat tertentu, kumpulan tertentu dan kluster tertentu. Kekuatan UMNO datang apabila kita bersatu dan kita akan menjadi parti politik hebat. 

“Dan saya melihat ini satu perkembangan baik dalam kita membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyambut baik saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tarikh PRU-15 diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Itu perkara yang perlu kita terus bincang sebab dari segi ‘timing’, kita tahu bahawa pemilihan parti perlu diadakan sebelum akhir tahun ini. 

“PRU seperti mana disebut Presiden tadi diserah kepada Perdana Menteri sebab kuasa pembubaran Yang di-Pertuan Agong. Tapi sebagai Menteri Kesihatan, wajar kita tunggu dahulu sehingga keadaan kesihatan awam stabil,” katanya.

Malah, Khairy percaya, Perdana Menteri bukan sahaja akan mengambil kira soal pemulihan negara, tetapi pandangan pembangkang dan KKM berkaitan keadaan kesihatan awam. - Getaran, 18 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek