web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengeluaran KWSP, Timbang Semula Had Persaraan - PKR

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 2:27PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PKR menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan melanjutkan had usia persaraan kepada 65 tahun bagi menangani kesan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengarah Komunikasi Wanita PKR, Loh Ker Chean, berkata dasar baharu melanjutkan had usia persaraan itu juga turut disyorkan oleh Bank Dunia.

Bagaimanapun menurutnya, Bank Dunia mencadangkan agar had usia persaraan dilanjutkan kepada 65 tahun secara berperingkat untuk meningkatkan simpanan KWSP pencarum, dan secara tidak langsung meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 0.3 peratus setiap tahun.

“Selain itu, kerajaan juga harus menggalakkan industri pekerjaan swasta dan awam mewujudkan perjawatan kerja sambilan untuk meningkatkan penglibatan pekerja yang berusia,” katanya hari ini.

Ker Chean berkata demikian susulan kebenaran diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi pengeluaran KWSP kali keempat sebanyak RM10,000, selaras dengan desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Mac lalu.

Menurutnya, walaupun kebenaran tersebut sudah diberikan namun kerajaan masih perlu mencari penyelesaian bersifat jangka panjang bagi menangani kesan yang mungkin timbul.

“Kesan tiga pengeluaran pertama KWSP telah mengakibatkan hampir 50 peratus daripada pencarum mempunyai baki simpanan tidak sampai RM10,000.

“Kebenaran mengeluarkan KWSP pada kali keempat oleh kerajaan tanpa merancang penyelesaian seawalnya adalah tidak bertanggungjawab dan bersifat populis semata-mata,” katanya.

Pada Rabu lalu, Ismail Sabri mengumumkan berita baik kepada rakyat Malaysia apabila kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran KWSP kali keempat sebanyak RM10,000 sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Dalam satu sidang media khas, Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

"Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

"Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000," katanya. – Getaran, 18 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad