Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5,000 Penduduk Terjejas, 700 Rumah Setinggan Musnah Terbakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Mar 2022 10:10PM

Anggota Bomba masih melakukan kerja memadam api di lokasi kejadian sehingga jam 9.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Hampir 5,000 penduduk kehilangan tempat tinggal selepas 700 kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, penduduk bertungkus lumus menyelamatkan harta benda, termasuk cuba membuka bahagian rumah bagi mengelak api merebak ke kawasan lain.

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami kesukaran untuk tiba di lokasi kejadian berikutan keadaan jalan yang sempit dan sesak dengan orang ramai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen ketika dihubungi mengesahkan kebakaran tersebut.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.

“Sehingga jam 9 malam tadi, anggota bomba bertugas masih melakukan kerja memadam api di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Julius, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada BBP Semporna.

“Sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Bagaimanapun, kami akan melakukan pemeriksaan rapi di lokasi sebaik api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2022

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Semasa 2 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan