web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terima Suapan, Ketua Balai Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 3:02PM

Tertuduh didakwa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku tidak bersalah meminta dan menerima suapan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Seorang Ketua Balai Polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan meminta dan menerima suapan bulanan berjumlah RM21,800.

Tertuduh, Abdul Halim Alias, 59, membuat pengakuan itu sejurus kesemua lima pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Tertuduh didakwa meminta wang tunai sebanyak RM8,000 daripada pemilik sebuah pusat hiburan yang dikatakan melanggar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dia juga turut didakwa meminta wang tunai RM1,000 secara bulanan daripada pemilik sama supaya tidak mengambil tindakan terhadap pusat hiburan miliknya.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Restoran The Stage Music Lounge Plt, Kota Shahbandar Melaka pada 4 Ogos 2020.

Tertuduh turut berdepan dengan tiga lagi pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana bersetuju dan memperoleh sejumlah suapan daripada individu sama antara 4 hingga 11 Ogos di dua lokasi berbeza, iaitu di pusat hiburan itu serta di balai polis.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat yang mencadangkan jaminan RM5,000 diberikan kepada tertuduh, dengan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan passport kepada mahkamah selain perlu melapor diri setiap bulan ke pejabat SPRM Melaka.

Tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan bersetuju dengan syarat tambahan selain menetapkan 20 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 14 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad