web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Kanak-Kanak Didera Rakaman Lama, Suspek Bakal Didakwa 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 1:43PM

ACP Soffian Santong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Video tular mengenai dua kanak-kanak didera oleh seorang wanita di Gelugor, Pulau Pinang, disahkan sebagai kejadian lama dan suspek akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Soffian Santong berkata, kejadian itu berlaku Disember tahun lalu dan suspek wanita yang juga warga asing berusia 53 tahun tersebut kini ditahan di Penjara Seberang Perai di Jawi, Nibong Tebal.

Menurutnya, wanita itu ditahan 8 Disember tahun lalu, selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa suspek mendera anak di bawah jagaannya.

“Polis menerima laporan yang mendakwa empat kanak-kanak itu didera ketika di bawah jagaan suspek sebelum menahannya di sebuah rumah di Gelugor, Pulau Pinang.

“Pada 27 Disember lalu, suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Georgetown mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan,” katanya.

Mengulas lanjut Soffian berkata, selepas meneliti laporan perubatan dan keterangan yang ada, Pejabat Pendakwa Raya Pulau Pinang mengarahkan supaya suspek turut dituduh mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-kanak 2021 dan perintah pendakwaan akan dipohon bagi menuduh suspek.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Pulau Pinang dalam masa terdekat,” katanya sekali gus menafikan dakwaan seorang pengguna Twitter bahawa polis gagal mengambil tindakan terhadap suspek berhubung kes berkenaan.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter dengan nama Anne Faizuani memuat naik tiga video memaparkan seorang wanita dipercayai suspek sedang memukul bayi jagaannya.

Berdasarkan ciapan itu, pengguna Twitter terbabit mendakwa video berkenaan dirakam anak tiri pengasuh terbabit berusia 11 tahun yang juga mangsa dera ibu tirinya. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

3

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 3 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad