web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Sasar 10,000 Stesen Pengecas EV Di Malaysia Menjelang 2025

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 1:47PM

Datuk Lim Ban Hong - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan sebanyak 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menjelang 2025 di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lim Ban Hong.

Menurutnya, Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama swasta dalam memacu infrastruktur stesen pengecasan EV sedia ada dan baharu bagi mencapai sasaran ini.

“Pada masa ini, kita ada kira-kira 300 stesen di bawah kerjasama ini dan dianggarkan, jumlah keseluruhan pengecasan stesen sedia ada untuk pengguna adalah 600 stesen,” katanya semasa sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai perancangan kementerian dalam usaha membangunkan industri EV tempatan memandangkan industri kenderaan elektrik semakin berkembang dan diterima di seluruh pasaran dunia.

Ban Hong berkata kerajaan juga menyediakan insentif cukai dan bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat yang ingin membina infrastruktur EV seperti pengecualian cukai pendapatan melalui galakan taraf perintis.

“Selain itu, antara usaha-usaha MITI termasuk penubuhan Pasukan Petugas EV yang turut dianggotai kementerian, agensi dan pihak swasta berkaitan, bagi menambah baik strategi sedia ada serta merangka strategi baharu bagi memperkukuhkan pembangunan industri EV di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan Malaysia berupaya meningkatkan daya saing dalam menarik pelaburan dalam sektor EV, kerajaan telah menawarkan insentif, bukan sahaja kepada pengeluar kenderaan dan komponen, malah, merangkumi pengguna (sudut permintaan) secara amnya, seperti yang telah diumumkan pada Bajet 2022.

“Pembangunan standard berkaitan industri EV seperti sistem pengecasan, aktiviti pelupusan bateri, penukaran bateri, pengecasan tanpa wayar dan lain-lain, turut diberikan perhatian bagi memastikan teknologi EV yang diguna pakai dan dibangunkan dalam negara adalah seragam, selamat dan berkualiti,” katanya.

Katanya kejayaan dasar dan usaha kerajaan dalam membangunkan industri ini telah diterjemahkan kepada pelaburan yang diluluskan bagi sektor EV.

“Sebagai contoh, dua syarikat besar yang berpangkalan di Korea Selatan iaitu SK Nexilis dan IMM Technology telah melabur di Malaysia bagi menghasilkan kerajang tembaga elektro-terenap yang digunakan sebagai komponen bagi bateri EV,” kata Ban Hong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad