web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Adib: Jawatankuasa Minta Kerjasama Orang Awam Salur Maklumat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 4:39PM

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim memutuskan untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat, bukti bergambar serta video insiden terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, orang ramai yang tidak berpeluang tampil memberi maklumat dan membuat perkongsian berkenaan, boleh menghubungi sekretariat di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.

“Katanya, sekretariat ini dikendalikan Yusof Ali yang boleh dihubungi melalui talian 03-88851920 atau e-mel [email protected] serta Sanjeetha Nair menerusi talian 03-88851209 atau e-mel [email protected],” katanya,” katanya menerusi kenyataan.

Wan Junaidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan Kematian Muhammad Adib berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat kedua jawatankuasa berkenaan selepas mendengar pembentangan Laporan Interim, hari ini.

“Kerajaan hari ini sudah menerima Laporan Interim daripada Jawatankuasa Khas Teknikal Kematian Allahyarham Muhammad Adib.

“Laporan Interim adalah laporan kemajuan daripada ahli Jawatankuasa Khas Teknikal. Laporan Interim ini disiapkan dalam tempoh ditetapkan, iaitu tiga bulan dari tarikh ditubuhkan dan dibentangkan, hari ini,” katanya menerusi kenyataan.

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wan Junaidi berkata, Laporan Interim berdasarkan maklumat sedia ada dan berkaitan tindakan diambil bagi mendapatkan fakta lanjut itu, dibentangkan Setiausaha Jawatankuasa Khas Teknikal, Prof Madya Datuk Dr P Sundramoorthy.

Menurutnya, proses pencarian fakta itu dilaksanakan secara intensif sejak Januari lalu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Peguam Negara.

“Proses ini penting bagi memastikan laporan dihasilkan dapat diterjemahkan dengan telus, adil dan saksama,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dipetik berkata jawatankuasa khas itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet. - Getaran, 15 Mac 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad