web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesakit COVID-19 Maut, JKNT Lapor Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 12:52PM

Dr Kasemani Embong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) membuat laporan polis susulan kes seorang pesakit COVID-19 maut selepas melarikan diri daripada pusat kuarantin semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, laporan polis itu dibuat pada hari sama, selepas pihaknya menyedari kehilangan pesakit tersebut yang sedang menjalani kuarantin di Hospital Hulu Terengganu.

“JKNT ambil maklum berhubung laporan media semalam, berkaitan seorang pesakit COVID-19 menjalani rawatan di Hospital Hulu Terengganu, melarikan diri dari hospital dan ditemui meninggal dunia oleh orang ramai di Jalan Kuala Terengganu- Kuala Berang. 

“Pihak hospital membuat laporan polis ini di balai polis berdekatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Kasemani berkata, JKNT akan membuat siasatan susulan berhubung insiden tersebut.

Katanya, jenazah pesakit itu dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat dan jenazah diuruskan mengikut tatacara Pengurusan Jenazah COVID-19. 

“Saya menzahirkan takziah kepada keluarga pesakit,” katanya.

Terdahulu, seorang pesakit COVID-19 dilaporkan maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan dalam kenyataan pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Ali Mat Daud berkata, lelaki berusia 66 tahun itu adalah pesakit positif COVID-19 yang menjalani kuarantin di Hospital Hulu Terengganu sejak Khamis minggu lalu.

“Mangsa melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda C100, milik seorang kakitangan hospital yang diletakkan di kawasan surau hospital berkenaan,” katanya. – Getaran, 15 Mac 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 minit yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad