web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Nasihat Kerajaan Negeri Beri Penekanan Serius Tangani Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 12:56PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan negeri dinasihatkan untuk memberi penekanan yang lebih serius terhadap usaha-usaha menangani masalah banjir dan banjir kilat yang semakin kerap berlaku di Selangor.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah kaedah terbaik menangani banjir perlu dikenal pasti segera, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran serta teknologi baharu dari dalam dan luar negara.

“Sepatutnya sejak berlaku tragedi banjir besar di negeri Selangor pada tahun 1971, kita telah belajar dan memperoleh teladan bagaimana untuk menyediakan pelan tindakan sebelum dan selepas banjir,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-14, di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah, dengan jumlah penduduk yang kini mencecah lebih 6.5 juta orang terutama kawasan-kawasan yang sangat padat penduduknya, kerajaan negeri harus mempunyai perancangan masa hadapan yang lebih efektif supaya rakyat Selangor tidak lagi merana dan terbeban dengan masalah banjir.

“Dalam melaksanakan usaha-usaha ini, beta juga mahu pegawai-pegawai kerajaan negeri, agensi-agensi dan jabatan-jabatan di bawah kerajaan negeri lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan bencana banjir,” titah baginda.

Baginda bertitah usaha-usaha menangani banjir itu termasuklah menyediakan pelan jangka pendek dan jangka panjang merangkumi kerja-kerja mendalam dan melebarkan sungai, memastikan sistem perparitan yang baik dan terurus, serta membina kunci air (floodgate) di lokasi-lokasi penting yang mengambil kira kadar taburan hujan dan jadual pasang surut air laut.

Sultan Sharafuddin juga menzahirkan harapan agar setiap projek mengatasi banjir seperti pembinaan ban atau mendalamkan sungai dilakukan dengan sempurna dan bersungguh-sungguh agar ia berkesan dalam tempoh jangka masa panjang bagi mengelakkan bencana banjir yang lebih buruk daripada berlaku.

“Ingin beta tegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk memberi pengajaran kepada rakyat supaya tidak melakukan pencemaran dan pencerobohan tanah di tepi-tepi sungai di negeri ini,” titah baginda.

“Beta sedih dan dukacita apabila melihat kesan-kesan kerosakan selepas banjir yang terpaksa dihadapi oleh rakyat. Sekiranya semua pihak masih lagi tidak serius dan sambil lewa dalam mendepani bencana banjir ini, bukan sahaja kerajaan akan terus menanggung kerugian, malah rakyat juga akan terbeban.

“Dalam hal ini beta berharap Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengenepikan perbezaan fahaman politik dan dapat bekerjasama menangani masalah banjir di Lembah Klang supaya rakyat yang terlibat tidak menanggung penderitaan yang teruk dan trauma setiap kali berlaku musim hujan,” titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad