web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU15: Beri Masa Sehingga Kesihatan Awam Stabil - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 4:01PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berpandangan keadaan kesihatan awam di negara ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Beliau berkata walaupun negara telah masuk ke fasa peralihan ke endemik, tidak bermaksud pandemik berkenaan sudah tamat dan semua pihak masih perlu berhati-hati memandangkan PRU15 melibatkan orang ramai.

“Sempadan negara dibuka, saf boleh dirapatkan (solat berjemaah di masjid dan surau) dan had maksimum kapasiti (di masjid dan surau) dimansuhkan tetapi itu tidak bermakna kita boleh buat apa sahaja.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru selesai, saya rasa lebih baik tunggu sehingga keadaan kesihatan awam betul-betul stabil.

“Saya nampak kerajaan Persekutuan ada perjanjian hingga Julai (Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik), tiada keperluan mendesak kerana kerajaan stabil, tidak akan tumbang, undang-undang dapat diluluskan di Parlimen, jangan kita mengundang perkara yang tidak perlu semata-mata kita nampak ada peluang politik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas program khidmat komuniti anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diadakan bagi mencari mekanisme terbaik terhadap cadangan membenarkan pesakit COVID-19 mengundi pada pilihan raya.

Beliau berkata sememangnya rakyat Malaysia berhak mengundi namun disebabkan negara masih dilanda pandemik, mekanisme yang selamat bagi membolehkan pesakit COVID-19 mengundi tanpa memudaratkan kesihatan awam perlu difikirkan.

“Ya, memang hak mereka (pesakit COVID-19) mengundi dan hak rakyat Malaysia (juga untuk) tidak dijangkiti COVID-19, jadi dalam mengimbangi hak ini, kita perlu kaedah terbaik,” katanya.

Mengulas cadangan segelintir pihak agar Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dijadikan pusat mengundi, Khairy berkata hampir 96 peratus pesakit COVID-19 menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Menurut Khairy sekiranya PKRC digunakan sebagai pusat mengundi, persoalan lain yang akan timbul adalah keselamatan kesihatan anggota keluarga yang terdedah dengan jangkitan COVID-19 semasa mereka menghantar pesakit ke PKRC.

“Saya terbaca semalam, contohnya mewujudkan pusat mengundi di PKRC, persoalannya jika wujud satu pusat mengundi pos bagi pesakit COVID-19, bagaimana mereka hendak pergi ke sana, kalau individu itu boleh bawa kenderaan sendiri tidak menjadi masalah ... jika tidak, siapa yang perlu membawa mereka, ini boleh memudaratkan ahli keluarga atau pemandu Grab misalnya.

“Memang banyak cara tetapi saya bangkitkan dulu cabarannya...nak lakukan boleh tetapi perlu berbincang dengan SPR selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata sebanyak 54 kompaun dikeluarkan sepanjang PRN Johor dan menyifatkan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19 pada PRN berkenaan dipatuhi dengan baik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad