web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemberian Vaksinasi PICKids Terus Meningkat, Sarawak Tertinggi, Kelantan Terendah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 11:53AM

Seramai 1,119,954 atau 31.5 peratus kanak-kanak di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di bawah Program PICKids setakat semalam. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keyakinan ibu bapa untuk membawa anak mendapatkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) semakin meningkat apabila seramai 1,119,954 atau 31.5 peratus golongan itu menerima suntikan terbabit, setakat semalam.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, jumlah itu yang membabitkan 22,177 dos, menyaksikan Sarawak merekodkan kadar vaksinasi kanak-kanak tertinggi dengan 61.7 peratus, disusuli Melaka 43.1 peratus, Pulau Pinang (41.1 peratus), Johor (38.3 peratus), Lembah Klang (37.8 peratus), Negeri Sembilan (34.6 peratus) dan Labuan (33.4 peratus).

Perak mencatatkan 32.9 peratus, Pahang (23.8 peratus), Perlis (22.4 peratus), Kedah (19.1 peratus), Sabah (18.4 peratus) dan Terengganu (10.1 peratus), manakala Kelantan menunjukkan vaksinasi terendah untuk golongan itu dengan kadar di bawah 10 peratus, iaitu 8.7 peratus.

Mensasarkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, PICKids dimulakan pada 3 Februari lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

Pengambilan vaksinasi itu diperluaskan secara ‘walk in’ bermula 1 Mac bagi memenuhi permintaan ibu bapa dan sebagai usaha menggalakkan pemberian imunisasi terbabit.

Berdasarkan laman sesawang sama, sejumlah 15,238,078 individu atau 64.8 peratus daripada populasi dewasa menerima dos penggalak COVID-19.

Seramai 22,933,696 atau 97.5 peratus daripada golongan itu pula, melengkapkan vaksinasi dan 23,210,290 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menjadikan keseluruhan dos bagi ketiga-tiganya adalah 61,173,306.

Mengikut statistik pengambilan vaksinasi dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,835,698 orang atau 91.1 peratus daripada populasi itu melengkapkan dos mereka, manakala 2,935,797 atau 94.3 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dengan jumlah keseluruhannya adalah 5,771,495 dos.

Seramai 58,326 dos vaksin diberikan kepada golongan itu dengan 23,938 dos pertama, diikuti 1,678 dos kedua dan 32,710 dos penggalak, semalam.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin dikeluarkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 68,064,755. – Getaran, 12 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja