web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adik-Beradik Penipu Tumpas, Aktif Berjual Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 3:00PM

Abdul Majid Mohd Ali (kanan) menunjukkan gambar suspek dipercayai terbabit dalam aktiviti penipuan penjualan dalam talian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Seorang lelaki bersama adik perempuannya dicekup polis selepas diburu sejak sekian lama, kerana disyaki terbabit dengan penipuan jualan dalam talian.

Jenayah dilakukan kedua-dua suspek itu mengakibatkan kerugian hampir RM3.3 juta.

Pasangan adik beradik berusia 30-an itu ditahan ketika bercuti di negeri ini pada 6 Mac lalu di sebuah inap desa di Ayer Keroh.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek utama dalam kes ini adalah lelaki, manakala adiknya disyaki berperanan sebagai pemilik akaun.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek terbabit dalam 75 penipuan di seluruh negara, dan dipercayai aktif menjalankan jenayah tersebut sejak 2005 dengan menggunakan pelbagai modus operandi.

"Daripada 75 penipuan itu, polis Melaka menerima dua laporan oleh dua mangsa terdiri daripada penjawat awam, membabitkan pembelian lampin pakai buang, dengan jumlah kerugian kira-kira RM850, 000 pada Mei 2016.

"Mangsa selaku pengedar membuat pembelian selepas melihat tawaran yang dibuat menerusi akaun Facebook Izzy Elledee," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.

Abdul Majid Mohd Ali pada sidang media di IPK Melaka, hari ini.
Abdul Majid Mohd Ali pada sidang media di IPK Melaka, hari ini.

Menurut Abdul Majid, pasukan polis kemudian membuat risikan kira-kira dua bulan sebelum berjaya menangkap kedua-dua suspek.

"Mereka sudah lama diburu malah dipercayai berpindah ke beberapa lokasi di seluruh negara bagi mengelak daripada dicekup.

"Antara penipuan pembelian yang turut ditawarkan oleh suspek adalah urusan pembelian kereta, komputer riba, jongkong emas, set aksesori motosikal serta pakej pelancongan yang kesemuanya membabitkan kerugian berjumlah RM3,298,135," katanya.

Mengulas lanjut Abdul Majid berkata, polis turut merampas tiga buah telefon bimbit dan sekeping kad keahlian parti politik yang tertera nama suspek menggunakan gelaran Datuk, dipercayai palsu.

"Suspek utama masih lagi direman bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan untuk mengenal pasti pembabitan dalam kes lain manakala adiknya direman sehingga esok .

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran, 11 Mac 2022

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi