web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami Isteri Maut Terkena Renjatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 9:11PM

Anggota bomba dan pegawai kesihatan membawa mayat suami isteri yang ditemui maut dalam bilik air dipercayai akibat renjatan elektrik di Taman Puncak Tringkap, Cameron Highlands untuk dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Suami isteri ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air kediaman mereka di Taman Puncak Tringkap di Cameron Highlands, hari ini.

Kedua-dua mangsa dikatakan terjatuh di bilik air selepas dipercayai terkena renjatan elektrik. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa lelaki yang sedang mandi menggunakan alat pemanas air, terkena renjatan elektrik dan tidak sedarkan diri. 

“Isteri mangsa yang terdengar bunyi bising dari bilik air, memeriksa apa sedang berlaku sebelum menjerit serta meminta anak perempuannya berusia 10 tahun membawakan kayu dan cuba menyelamatkan suaminya. 

“Namun, malang tidak berbau apabila wanita itu turut terkena renjatan eletrik sebelum tidak sedarkan diri. Anak pasangan itu kemudian menghubungi talian kecemasan bagi melaporkan kejadian berkenaan,” katanya. 

Ramli berkata, kerja menyelamat pasangan itu hanya dapat dilakukan selepas petugas dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik ke rumah pasangan berkenaan. 

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.20 pagi dan seramai tujuh pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Berdasarkan siasatan dan maklumat awal, mangsa adalah seorang lelaki berusia 46 tahun dan seorang wanita yang juga isterinya berusia 35 tahun. 

“Tiga anak pasangan berkenaan berusia antara dua hingga 10 tahun yang turut berada di kediaman itu ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Ismail berkata, kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang menyertai operasi menyelamat itu. 

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata bagi tujuan bedah siasat dan siasatan kejadian itu diserahkan kepada pihak polis. - Getaran, 10 Mac 2022
 

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran