web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JAKIM Bawah Bidang Kuasa Majlis Raja-Raja

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 9:22PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diletakkan di bawah seliaan Majlis Raja-Raja.

Sumber yang mengesahkannya dengan The Vibes memberitahu bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengetuai majlis yang menyelia JAKIM.

Difahamkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dilantik sebagai timbalan, dengan keputusan itu dibuat oleh Raja-Raja Melayu awal hari ini.

Majlis berkenaan, dikatakan akan digelar Majlis Agama Nasional, sekali gus JAKIM tidak akan lagi melaporkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Menurut sumber, keputusan itu dibuat untuk memperkemas pentadbiran peraturan dan prinsip Islam serta melindungi agensi itu daripada digunakan sebagai alat politik.

"Ada kalanya peraturan atau tafsiran Islam JAKIM sendiri bercanggah dengan pendirian Raja-Raja, jadi adalah wajar diletakkan di bawah Raja-Raja Melayu yang menjadi pemelihara agama Islam," kata sumber.

Mengulas isu itu ialah Ahli Parlimen Padang Rengas dari UMNO dan bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, yang menyatakan bahawa peralihan keluar JAKIM daripada Jabatan Perdana Menteri adalah langkah yang baik bagi menghapuskan kemungkinan campur tangan politik dalam arahan JAKIM.

Beliau bersetuju bahawa JAKIM boleh tertakluk kepada penelitian yang lebih ketat berbanding dengan zaman ketika di bawah Jabatan Perdana Menteri, sambil memberitahu bahawa Raja-Raja akan bertindak adil demi kepentingan rakyat, bukan berdasarkan agenda politik.

“Kini, Perdana Menteri boleh bertukar bila-bila masa dan tiada lagi konsistensi seperti masa lalu; di bawah Jabatan Perdana Menteri mereka akan menjadi subjek politik.

“Saya rasa ia lebih baik; kita juga tahu perkara ini kerana rakyat di negeri-negeri sudah tentu akan dijaga oleh Sultan,” katanya kepada The Vibes.

Ditubuhkan pada 1968, JAKIM pada mulanya hanya wujud sebagai cabang sekretariat dalam Jabatan Perdana Menteri yang menyelia hal ehwal agama di negara ini, sebelum dinaik taraf dan dijenamakan semula sebagai Jabatan Agama di Jabatan Perdana Menteri pada 1974.

Ia kemudiannya dinamakan semula kepada Jabatan Hal Ehwal Islam pada 1985, dan kemudiannya JAKIM pada 1997. - The Vibes, 10 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad