web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sabah Pertimbangkan Penyelarasan SOP Pembukaan Sempadan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 8:14PM

Sabah akan mempertimbangkan penyelarasan SOP bagi kemasukan pelawat dari luar negara termasuk mewajibkan mereka mendapatkan vaksin lengkap dan dos penggalak COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah mempertimbangkan penyelarasan prosedur operasi standard (SOP) bagi kemasukan pelawat dari luar negara, termasuk mewajibkan mereka mendapatkan vaksin lengkap dan dos penggalak COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keputusan mewajibkan pelawat menerima vaksinasi lengkap dan dos penggalak adalah bagi mendepani cabaran apabila sempadan negara dibuka pada 1 April nanti.

Masidi berkata, Sabah berdepan cabaran kerana negeri berkenaan berterusan menerima kemasukan pelawat dari Filipina dan Indonesia.

“Dalam kes di Sabah, kita berdepan sedikit cabaran kerana kita berterusan menerima kemasukan melalui bot dari Filipina serta Indonesia dan malangnya wilayah itu tidak setinggi kita (individu divaksin).

“Ada kemungkinan pelawat dari luar negara tidak divaksin dan sebab itu kita jadikan mandatori untuk pelawat menerima imunisasi lengkap dan dos penggalak sebelum masuk ke negeri ini.

“Oleh sebab itu, kita kena buat penyelarasan SOP untuk memastikan mereka yang datang ke Sabah, terutama menaiki bot sudah divaksin,” katanya.

Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah berkata, penyelarasan itu akan dibuat selepas pihaknya menerima butiran terperinci SOP berhubung pembukaan semula sempadan negara.

Dalam pada itu, katanya, pelawat dari luar negara dijangka mengunjungi negeri berkenaan untuk pelbagai tujuan seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Beliau menambah, ia mungkin satu isyarat kenapa rakyat perlu memastikan mereka sudah menerima vaksin lengkap dan dos penggalak, selain kanak-kanak diberikan imunisasi terbabit.

Jelasnya, kepentingan untuk mendapatkan vaksin itu berikutan risiko jangkitan bertambah kerana rakyat terdedah dengan virus terbabit ketika berinteraksi bersama orang luar yang tidak ketahui latar belakangnya. – Getaran, 10 Mac 2022
 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad