web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Sindiket Ah Long Tumpas, 44 Individu Termasuk Dalang Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 7:58PM

Mohd Kamaruddin Md Din - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua sindiket ah long yang menyasarkan golongan peniaga, kakitangan awam dan pekerja swasta sebagai peminjam, tumpas selepas 44 individu termasuk dalang kumpulan terbabit ditahan di beberapa negeri, kelmarin.

Sindiket lintah darat dikenali sebagai ‘Ah Wee’ dan ‘Ricky’ yang aktif menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lessen sejak tahun lalu itu, dikesan menawarkan perkhidmatan melalui media sosial dengan mengenakan kadar faedah tidak masuk akal, iaitu sebanyak 10 hingga 30 peratus seminggu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din, berkata semua suspek ditahan dalam operasi dilancarkan di sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka.

Menurutnya, mereka terdiri daripada 43 lelaki tempatan dan seorang wanita berusia antara 16 hingga 54 tahun.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 13 kertas siasatan dibuka berkaitan pembabitan sindiket ini dalam aktiviti pemberi pinjaman wang.

“Modus operandi sindiket adalah menyasarkan golongan peniaga, kakitangan awam dan pekerja swasta menerusi media sosial, risalah, poster dan beberapa cara lagi.

“Peminjam yang gagal membuat pembayaran akan diberi tekanan dalam bentuk ugutan dan ancaman seperti perbuatan khianat terhadap harta benda milik mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Kamaruddin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas barangan dan kenderaan, termasuk 17 kenderaan pelbagai jenis, 107 unit telefon pintar, 17 set komputer riba, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), cat merah, semburan cat merah, parang serta dokumen berkaitan aktiviti pinjaman wang.

“Kes disiasat mengikut lapan seksyen, iaitu Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Kesalahan Menjalankan Aktiviti Pemberi Pinjaman Tanpa Lesen), Seksyen 29 (B) Akta Pemberi Pinjmana Wang 1951 (Kesalahan Menjalankan Aktiviti Pemberi Pinjaman Tanpa Lesen) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Kesalahan Memberi Ancaman atau Ugutan Jenayah).

“Selain itu, Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Menipu), Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat), Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Memiliki Senjata Tajam) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengunajan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATPUAA 2001) Akta Pencegahan Jenayah 1959,” katanya.

Sebagai langkah pencegahan, Mohd Kamaruddin menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan tawaran pinjaman wang.

Orang ramai perlu memastikan ia dilakukan dengan syarikat pinjaman wang berlesen atau institusi kewangan diiktiraf dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM). - Getaran, 10 Mac 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad