Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pahang Giat Promosi Teknologi Hijau, Tenaga Boleh Diperbaharui

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 6:58PM

Mohd Sharkar Shamsudin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pahang sedia membina lebih banyak loji jana kuasa dari sumber boleh diperbaharui dalam usaha mempromosikan teknologi hijau di negeri berkenaan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, sumber tenaga boleh diperbaharui mempunyai potensi luas untuk diteroka, di samping dapat mengurangkan impak terhadap alam sekitar. 

“Mengambil contoh loji jana kuasa biogas di Bera, loji berkenaan adalah antara penyumbang kepada (penghasilan) tenaga boleh diperbaharui paling berjaya di Pahang. 

“Sumber tenaga dihasilkan daripada minyak kelapa sawit dan penggunaan tenaga itu dapat mengawal pelepasan efluen dari kilang, seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan arang batu atau gas asli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pahang International Tourism Symposium 2022 secara maya di sini, hari ini.

Simposium anjuran Tourism Malaysia Pahang bertemakan Pelancongan Hijau dan Strategi Kemampanan itu turut disertai wakil dari India, Korea Selatan, Filipina, Pakistan dan Vietnam. 

Mohd Sharkar berkata, sumber tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja membawa pelbagai kesan positif kepada alam sekitar, malah secara tidak langsung memberi manfaat kepada sektor pelancongan, terutama industri perhotelan. 

“Gaya hidup atau amalan menggunakan sumber (tenaga) boleh diperbaharui sebenarnya adalah permulaan baik untuk mencipta persekitaran lebih lestari pada masa akan datang,” katanya. 

Selain itu, beliau optimis sektor pelancongan di Pahang kembali rancak dan pulih selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Endemik COVID-19 mulai 1 April ini.

“Sudah pasti pengumuman itu sangat ditunggu penggiat pelancongan, bukan sahaja di Pahang, bahkan di seluruh negara dan saya percaya ia akan membantu memulihkan semula sektor ini yang terjejas teruk sejak kira-kira dua tahun lalu. 

“Bagi Pahang, kerajaan negeri sangat menggalakkan pemain industri pelancongan menghidupkan kembali acara atau aktiviti pelancongan berasaskan alam sekitar,” katanya. 

Antara acara sudah dimasukkan dalam kalendar pelancongan Pahang bagi tahun ini adalah Birds Race di Bukit Fraser, Raub dan Royal Billfish Challenge di Pulau Tioman, Rompin. – Getaran, 10 Mac 2022
 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Semasa 12 jam yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran