web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Perkenal Portal Mudahkan Pengembara Tahu Protokol Semasa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 8:26PM

Khairy Jamaluddin - Gambar KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan portal ‘covidprotocol’ berkaitan protokol COVID-19 bagi memudahkan rakyat tempatan dan pengembara luar yang memasuki pintu sempadan bermula 1 April ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, portal memaparkan protokol perlu diikuti kumpulan terbabit sebaik tiba di Malaysia itu akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Terdapat beberapa perincian protokol bagi pengembara yang ingin memasuki Malaysia pada 1 April nanti, antaranya jika seseorang sedang menjalani kuarantin sebelum 1 April 2022, perintah kuarantin individu tersebut akan tamat pada 1 April.

“Sebagai contoh, jika seseorang individu mula menjalani kuarantin pada 29 Mac, kuarantin tersebut akan tamat pada 1 April 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Parlimen yang turut disiarkan secara dalam talian.

Menarik perhatian, Khairy berkata, kanak-kanak serta remaja berumur 17 dan ke bawah tanpa mengira status vaksinasi, tidak perlu menjalani kuarantin.

Sebaliknya, Khairy memaklumkan, golongan itu hanya perlu melakukan ujian COVID-19 kit ujian pantas (RTK) kendiri dalam tempoh 24 jam selepas tiba di Malaysia.

Manakala, katanya, bagi individu belum menerima vaksinasi lengkap atau tiada suntikan imunisasi COVID-19, mereka perlu menjalani kuarantin selama lima hari selepas ketibaan ke negara ini.

“Selepas individu tersebut keluar (selesai) dari kuarantin, dia mesti mengikut syarat ditetapkan kerajaan Malaysia.

“Sebagai contoh, tidak boleh dine-in (makan) di restoran kerana tidak menerima vaksinasi lengkap,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi pengembara tidak menerima vaksinasi disebabkan faktor kesihatan, individu tersebut hanya perlu memuat naik bukti sahih atau surat pengesahan diberikan doktor atau pegawai perubatan ke aplikasi MySejahtera.

Bagi mengakses portal tersebut, katanya, orang ramai boleh melayari laman rasminya di https://covidprotocol.moh.gov.my/ untuk mengikuti perkembangan lanjut. - Getaran, 9 Mac 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja