web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Premis Hiburan Degil Diserbu, Pengunjung Dikompaun RM51,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 4:56PM

Sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur, dikompaun kerana melanggar peraturan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun negara masih berdepan ancaman pandemik COVID-19, ada pemilik premis hiburan terus berdegil menjalankan operasi yang turut menyalahi peraturan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Ia terbukti apabila Polis Cheras melakukan serbuan terhadap sebuah premis hiburan di Jalan Pudu Ulu, di sini, malam tadi.

Menerusi serbuan itu, pemiliknya turut dikesan menggajikan enam pekerja warga asing, termasuk lima wanita tanpa sebarang dokumen sah di premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammaf Idzam Jaafar, berkata, pemilik premis terbabit turut dikesan menjalankan perniagaan tanpa sebarang lesen sah.

Menurutnya, ketika serbuan terdapat 51 pengunjung di dalam premis berkenaan.

“Polis membuat tangkapan terhadap enam pekerja warga asing terbabit selepas mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit bekerja sah.

“Pengunjung juga diberikan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata, pihaknya turut merampas beberapa barangan elektronik di premis hiburan berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Semua suspek yang ditahan berusia antara 26 tahun hingga 40 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Imigresen 1959 (Pin 2002),” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

“Justeru, Polis Chers memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan pelanggaran SOP PPN 2021.

“Maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Polis Chers di talian 03-9284 0083, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berdekatan untuk tindakan segera,” katanya. - Getaran, 9 Mac 2022

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 2 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan