web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Rayuan Khairuddin, Muhyiddin Bukan Lagi PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 3:45PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung permohonan semakan kehakiman yang mendakwa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun gagal menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan Perdana Menteri selepas kehilangan sokongan majoriti di Parlimen.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk Darryl Goon Siew Chye membenarkan bantahan awal oleh Peguam Persekutuan Low Wen Zhen bahawa rayuan Khairuddin tidak lagi relevan kerana Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri.

Hanipah, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata kes Khairuddin tertumpu pada dakwaan kegagalan di pihak Peguam Negara untuk menasihati Muhyiddin menurut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk meletak jawatan.

Bagaimanapun, beliau berkata mahkamah tidak akan menangani isu yang telah menjadi tidak relevan.

Hakim itu berkata asas pengisytiharan yang dimohon Khairuddin tidak lagi wujud, sambil menambah bahawa antara pengisytiharan yang diminta oleh Khairuddin hanyalah mengulangi Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan dan tidak mendedahkan sebarang pandangan yang bertentangan dengan peruntukan itu (Perkara 145 (2)).

Hanipah memerintahkan Khairuddin membayar kos RM10,000 kepada Idrus.

Terdahulu, dalam prosiding hari ini yang dijalankan secara maya, Low mengemukakan bantahan awal dengan mengatakan bahawa perkara itu tidak lagi relevan dan mahkamah tidak sepatutnya mendengar rayuan Khairuddin itu.

Low berkata asas fakta semakan kehakiman Khairuddin tidak lagi wujud kerana Muhyiddin telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos tahun lepas dan Datuk Ismail Sabri Yaacob dilantik sebagai Perdana Menteri baharu lima hari kemudian.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin berhujah bahawa rayuan itu masih relevan dan perisytiharan yang diminta adalah berkaitan tugas Peguam Negara.

Khairuddin memfailkan permohonan dalam usaha mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada Februari tahun lepas, memohon beberapa perintah pengisytiharan termasuk pengisytiharan bahawa tindakan Idrus mengiringi Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari tahun lepas untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat adalah tidak sah kerana bekas Perdana Menteri itu tidak mendapat sokongan majoriti.

Beliau menamakan Idrus sebagai responden dalam semakan kehakiman itu.

Khairuddin juga memohon perintah mandamus untuk mengarahkan Idrus menasihati Muhyiddin supaya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan anggota Kabinetnya.

Beliau mendakwa Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz, kedua-duanya daripada UMNO,  telah menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin masing-masing pada 9 dan 12 Jan tahun lepas, yang bermakna Muhyiddin tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Kegagalan Peguam Negara melaksanakan tugasnya, dakwa Khairuddin, adalah menyalahi undang-undang dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Pada April tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Khairuddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman atas alasan Khairuddin tidak mempunyai locus standi untuk semakan kehakiman terhadap Irdus. - Bernama

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad