web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kereta Hilang Kawalan Terjunam Dari Jambatan, Warga Emas Maut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 2:56PM

Keadaan kereta seorang warga emas yang remuk selepas terjunam dari jambatan di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terjunam dari jambatan di Jalan Syed Abdul Aziz di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa Tan Chin Chee, 76, yang memandu kereta jenis Toyota Vios maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, siasatan mendapati anggaran ketinggian dari jambatan ke lokasi kereta mangsa terjunam dianggarkan kira-kira 15 meter.

Menurutnya, sebelum kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Kota Syahbandar menuju ke Melaka Raya.

“Siasatan dijalankan mendapati setibanya di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan dari lorong kiri lalu masuk ke lorong bertentangan.

“Kereta dipandunya kemudian terjatuh ke bawah jambatan yang dianggarkan kira-kira 15 meter,” katanya.

Beliau berkata, siasatan di lokasi turut menemui kesan calar, selain komponen kereta itu di besi penghadang.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Abd Rahim Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.26 pagi sebelum anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke lokasi.

“Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa yang sudah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kami juga terpaksa menggunakan alatan khas untuk membuka pintu kereta yang remuk,” katanya. – Getaran, 9 Mac 2022
 

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 2 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad