web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peralihan Ke Endemik, Rakyat Perlu Ada Rasa Tanggungjawab Sosial - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 8:49AM

Meskipun negara bakal memasuki fasa 'Peralihan ke Endemik' namun pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakar kesihatan berpandangan bahawa rakyat Malaysia dilihat sudah bersedia memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ dengan pendedahan maklumat yang begitu meluas berhubung COVID-19 sejak wabak itu melanda negara hampir dua tahun.

Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata dengan jumlah vaksinasi lengkap dan dos penggalak serta vaksinasi kanak-kanak yang kini giat dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) mampu mengawal wabak apabila memasuki  Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ bermula 1 April.

"Saya percaya kerajaan sudah memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan tentang wabak COVID-19 ini dan mereka sepatutnya mempunyai kesedaran serta membuat keputusan yang terbaik dalam melindungi diri daripada mendapat jangkitan.

"Mereka sepatutnya menjaga diri sendiri kerana maklumat telah diberikan oleh KKM sejak  wabak ini melanda negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Malina juga menasihatkan masyarakat untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan.

"Kita harus tahu sebenarnya ada segelintir golongan yang tidak boleh divaksin disebabkan oleh faktor kesihatan dan golongan inilah yang perlu kita lindungi apabila negara beralih ke Fasa ‘Peralihan ke Endemik’.

"Mereka ini adalah golongan rentan, berisiko tinggi serta mempunyai komplikasi serius serta berdepan dengan kematian dan oleh kerana kesan daripada COVID-19 sangat tinggi dalam kalangan mereka, sangat wajar untuk semua rakyat Malaysia mengambil berat kesihatan masing-masing dan mengamalkan cara hidup yang sihat," katanya.

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata KKM sudah bersiap siaga dalam berhadapan peralihan fasa itu.

"Kita tidak perlu risau kerana KKM kini sudah mempunyai beberapa perancangan dan pelan yang rapi untuk ke Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ ini berbanding waktu permulaan wabak ini melanda negara.

"Dulu kita tiada rawatan, tak bersedia, ventilator tak banyak dan tiada cara pencegahan yang betul, namun selepas dua tahun lebih banyak uji kaji yang telah dilakukan dan kita dah faham macam mana nak rawat kalau berhadapan dengan situasi yang disebabkan COVID-19 ini.

"Walaupun terdapat kes yang dimasukkan ke ICU (Unit rawatan Rapi) akibat varian baharu Omicron kita dah ada pelan tindakan yang lebih tersusun dan kita mampu untuk mengawalnya," katanya.

Dr Hanafiah juga menasihatkan mereka yang berada dalam sektor pelancongan untuk lebih berhati-hati dan mengekalkan SOP yang lebih ketat susulan pembukaan sempadan negara pada 1 April ini.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara akan memasuki  Fasa ‘Peralihan ke Endemik’  bermula 1 April ini iaitu fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan hampir normal selepas lebih dua tahun berperang dengan COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 9 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi