web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggiat Pelancongan 'Persiap Diri' Menjelang Pembukaan Sempadan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 9:31PM

Sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini sekali gus merancakkan semula ekonomi negara khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan pembukaan sempadan Malaysia pada 1 April depan yang diumumkan kerajaan lebih awal hari ini, memberi peluang kepada penggiat industri pelancongan melakukan persediaan rapi untuk menerima pengembara tempatan dan luar negara.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, tempoh masa kira-kira tiga minggu sebelum pintu masuk negara dibuka itu juga membolehkan ahlinya merancang strategi dan pendekatan bersesuaian untuk menarik pelancong serta menawarkan perkhidmatan terbaik.

“MATA bersyukur dan berterima kasih di atas pengumuman Perdana Menteri untuk membuka semula sempadan negara bermula 1 April ini. Ahli kami dari sektor agensi pelancongan, mereka menyambut dengan penuh kegembiraan di atas pengumuman tersebut.

“Kurang dari sebulan, ahli kami akan membuat pelbagai promosi, pakej di dalam dan di luar negara. Saya yakin dengan tempoh kurang dari sebulan ahli kami dapat menyediakan pelbagai pakej pelancongan untuk dipasarkan,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Khalid Harun
Mohd Khalid Harun

Mohd Khalid berkata, bagi ahli MATA dari sektor perhotelan pula, pengumuman itu memberi kelegaan dalam aspek penyediaan bilik penginapan untuk pelancong antarabangsa yang bakal memasuki Malaysia pada 1 April nanti.

“Ahli MATA dari sektor lain, seperti taman tema, restoran, perkapalan dan kedai cenderahati sudah tentu mengukir senyuman di atas pengumuman ini.

“Sudah pasti mereka akan lebih bersedia untuk menyambut pelancongan luar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua ahli untuk lebih menitik berat aspek kesihatan setiap pelancong yang dibawa masuk dengan menyediakan kit ujian kendiri COVID-19, bertujuan memantau tahap kesihatan mereka setiap hari.

“Saya juga sedar ada di pasaran yang menjual kit ujian kendiri COVID-19 lengkap dengan aplikasi untuk memantau tahap kesihatan pelancong.

“Dengan adanya teknologi seperti ini, ia dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan bagi membendung kes COVID-19 membabitkan pelancong asing,” katanya.

Menurut Mohd Khalid, MATA dan ahlinya sentiasa memberi sokongan serta kerjasama kepada kerajaan, khususnya kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi mempromosikan kembali Malaysia di peringkat antarabangsa.

“MATA akur setiap prosedur operasi standard (SOP) yang akan dirangka adalah untuk memastikan tiada penularan COVID-19 dalam kalangan pelancong asing,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Parlimen hari ini, mengumumkan kerajaan membuat keputusan membuka sempadan negara bermula 1 April.

Beliau berkata, keputusan tersebut bersandarkan kepada tiga perkara asas, iaitu memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan, berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19 serta membandingkan keperluan pembukaan sempadan dengan negara lain.

Katanya, apa yang paling penting untuk Malaysia sekarang adalah menjadi sebuah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua. – Getaran, 8 Mac 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad