web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insiden Kucing Diseksa Hingga Mati, Ganjaran RM5,000 Menanti Pemberi Maklumat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 6:09PM

Tangkap layar video berdurasi 20 saat memaparkan penemuan kucing dijerut dan digantung leher pada pagar rumah yang tular sejak tengah hari tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Ganjaran wang tunai RM5,000 ditawarkan kepada pemberi maklumat lengkap berhubung kejadian seekor kucing diseksa sehingga mati yang videonya tular sejak tengah hari tadi.

Tawaran itu dibuat Pengerusi Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang (SKJP), Jurina Abdul Rani.

Jurina berkata, tindakan individu yang menjerut dan menggantung leher kucing pada pagar rumah adalah sangat mengecewakan serta tidak berperikemanusiaan. 

Menurutnya, beliau dimaklumkan bangkai kucing malang itu sudah ditemui di sebuah rumah berhampiran Taman Tas Ria di sini.

“Jadi, saya memohon kerjasama dan merayu orang ramai, terutama saksi kejadian untuk tampil membantu kami mengesan individu tidak bertanggungjawab itu. 

“Mereka yang mempunyai maklumat lengkap boleh menghubungi kami (SKJP) dan ganjaran seperti dijanjikan akan diberikan kepada mereka yang membantu kami mengesan pelaku berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Sejak tengah hari tadi, tular video berdurasi 20 saat berkaitan penemuan bangkai kucing dijerut dan digantung di pagar sebuah rumah. 

Turut kedengaran adalah suara seorang lelaki bertanyakan siapa pemilik kucing terbabit. 

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Jurina berkata penyaluran maklumat lengkap kejadian berkenaan boleh membantu pihak berkuasa menangkap pelaku dan dihadapkan ke muka pengadilan. 

“Saksi atau pengadu tidak perlu khuatir, identiti mereka kita akan rahsiakan. Kalau rasa kurang yakin dengan keselamatan atau identiti mereka diketahui umum, boleh salurkan melalui laman sosial Facebook rasmi SKJP.

“Saya turut berharap insiden seumpama itu tidak terus berlaku dan meminta masyarakat lebih peka dengan haiwan di sekeliling mereka,” katanya. – Getaran, 8 Mac 2022
 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad