Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ibu Negara Dilanda Banjir Kilat, DBKL Perlu Bersikap Tegas 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 4:24PM

Keadaan jalan yang dinaiki air akibat banjir kilat susulan hujan lebat di sekitar Jalan Kia Peng berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa melakukan pemeriksaan lebih terperinci di setiap projek pembangunan bagi memastikan tiada saluran longkang ditutup dengan sisa binaan.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tiada perancangan daripada pihak pembina di Kuala Lumpur dalam mewujudkan atau mengubahsuai sistem perparitan terlebih dahulu, menyebabkan banyak saluran air tersumbat.

Katanya, antara sebab berlakunya banjir kilat adalah terlalu banyak tapak pembangunan projek berskala besar seperti Mass Rapid Transit (MRT), projek lebuhraya bertingkat dan bangunan besar di tengah ibu kota yang berjalan serentak.

“Isu banjir kilat ini bukanlah isu baru kerana sudah berlarutan agak lama, namun kebelakangan ini banjir kilat berlaku dengan lebih kerap dan ini adalah satu panggilan untuk kita semua.

“Apa yang saya perhatikan ialah banjir kilat ini bukan lagi terjadi hanya kerana kuantiti hujan yang turun dengan banyak dalam tempoh singkat semata-mata,” katanya hari ini. 

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Lantaran itu, Lam Thye menegaskan alasan berkenaan tidak mencukupi untuk menjawab segala kerosakan yang membabitkan pelbagai kerugian, terutama kenderaan ditenggelami air.

“Banyak sistem saluran air tersumbat atau yang ditutup oleh sisa pembangunan. Apabila tiada aliran, air akan bertakung di jalan utama dan menyebabkan berlakunya banjir kilat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan DBKL harus memantau kerja kontraktor dengan betul dan tidak hanya menyerahkan kepada pembina semata-mata yang akhirnya menyebabkan rakyat menderita.

Jelasnya, pada masa ini, adalah tidak munasabah untuk pelbagai pihak khususnya kerajaan hanya menyalahkan hujan dan cuaca buruk. 

“Alam sekitar tidak boleh disalahkan, sebaliknya kita harus menyalahkan diri sendiri kerana wujudnya pembangunan yang mendatangkan kerosakan dan bencana.

“Kita jugalah yang seharusnya memikir cara untuk mengelak bencana dan menghadapi amarah alam kerana tindakan kita mencemar bumi serta merosakkan alam semula jadi,” katanya. 

Terdahulu, banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, semalam berdasarkan beberapa video tular di media sosial.

Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah jalan serta menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan U kerana paras air tinggi.

Paras air di Sungai Klang didapati melimpah sehingga di hadapan Masjid Jamek, selain Jalan India dan jalan menuju ke Pudu dinaiki air. 

Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

Turut terkesan dengan banjir kilat adalah Jalan Cheras, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Parlimen, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan Ampang.

Pada masa sama, empat kawasan di sekitar daerah Gombak, semalam dinaiki air selepas hujan lebat pada waktu petang.

Antara kawasan terjejas adalah Bandar Baru Sungai Buloh, Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang, Kampung Melayu Sungai Serai dan Batu Arang. - Getaran, 8 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

Semasa 20 jam yang lalu

Pekerjaan Hijau Kurangkan Pengangguran, Pelihara Alam Sekitar

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 21 jam yang lalu

KESUMA Percepat Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, Laporan Interim Jun Ini