web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Kilat, 3 KejadianTanah Runtuh Dilaporkan Di Ibu Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 10:43AM

Keadaan kenderaan orang awam yang ditenggelami air di sekitar Jalan Kia Peng, akibat banjir kilat susulan hujan lebat semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak tiga kejadian tanah runtuh dilaporkan susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara petang semalam. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan dua kawasan melibatkan rizab jalan iaitu di 1/27, Taman Gembira dan Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan manakala di Seksyen 6, Wangsa Maju merupakan tanah persendirian. 

"DBKL telah meninjau ke kawasan terlibat dan kerja-kerja susulan akan dilakukan dengan segera," menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu memberitahu hujan lebat dengan kadar taburan hujan melebihi 100 milimeter per jam sekitar 3 petang semalam menyebabkan banjir kilat di 29 kawasan di ibu negara antaranya Jalan Yaakob Latif, Jalan Ampang, Underpass Jalan Pudu, Jalan Maharajalela, Jalan Cheras dan Jalan Melaka. 

Daripada 29 kawasan itu, DBKL memaklumkan 25 kawasan surut dalam masa 30 hingga 45 minit manakala empat lagi iaitu Underpass Bulatan Pudu, Terowong Jalan Tun Razak, Kampung Pasir dan Kampung Periuk, surut dalam tempoh satu hingga tiga jam. 

"Bantuan awal bagi melancarkan trafik dan kerja pembersihan telah dilaksanakan termasuk menggerakkan trak tunda bagi mengalihkan kenderaan terkandas," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, DBKL mengenal pasti 12 lokasi pokok tumbang dan dahan sekah menerusi siasatan di tapak serta aduan awam antaranya di Jalan Pudu Lama, Jalan Teluk Pulai, Jalan Kuchai 2 dan Jalan Desa Utama. 

Sementara itu, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saraswati melibatkan mangsa banjir di Kampung Pasir seramai 560 orang (145 keluarga) dan Dewan Sultan Sulaiman membabitkan 381 orang (84 keluarga) dari Kampung Periuk. 

Di SELANGOR, menerusi ciapan di Twitter rasmi Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, @AmirudinShari memaklumkan seramai 1,122 mangsa daripada 263 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di seluruh negeri itu. 

Beliau berkata agensi pengurusan bencana terus memantau keadaan dan akan membantu proses pemindahan mangsa.

"Talian Bilik Gerakan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya telah dibuka dan beroperasi 24 jam, sebarang aduan serta kecemasan di kawasan itu boleh menghubungi 03-80247700," katanya.

Di PERAK, banjir di daerah Muallim pulih sepenuhnya apabila air kembali surut dan PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khair Johari ditutup pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan melaporkan 168 mangsa daripada 26 keluarga yang dipindahkan ke PPS itu semalam telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Berop, Behrang.

Sementara itu, di Hilir Perak, 18 orang daripada empat keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak berikutan kediaman mereka di Batu 7 1/2 Jalan Changkat Jong dinaiki air tengah hari semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan Mohd Ismail Mohd Yunus berkata paras banjir surut kepada 0.3 meter pagi ini berbanding 0.6 meter semalam dan cuaca pagi ini cerah. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 45 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik