web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lastik Kenderaan Di Lampu Isyarat, Penganggur Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 8:19AM

Seorang lelaki dirakamkan melastik kenderaan dengan menggunakan batu di lampu isyarat dekat Amanjaya, Sungai Petani, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Memberikan alasan kononnya mengalami halusinasi, seorang lelaki bertindak aneh apabila melastik kenderaan lain dengan batu kecil, sewaktu memberhentikan motosikalnya di lampu isyarat dekat Amanjaya, di sini, semalam.

Tindakan bodoh itu yang mampu mendatangkan kecederaan serta merosakkan kenderaan orang lain, bagaimanapun berjaya dirakam seorang pengguna jalan raya kira-kira jam 6.20 petang semalam bagi dijadikan bukti sebelum membuat laporan polis.

Susulan kejadian, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menahan suspek yang merupakan seorang penganggur berusia 49 tahun, bagi membantu siasatan.

"Penahanan lelaki itu dibuat sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di Taman Desa Aman, Sungai Lalang dekat Bedong kira-kira jam 11 malam tadi.

"Suspek mendakwa mengalami halusinasi hingga menyebabkan dia melakukan perbuatan sedemikian dan kami turut menemui lastik serta batu yang diletakkan dalam raga motosikal tersebut ketika tangkapan dilakukan," katanya.

Barangan yang dirampas daripada suspek.
Barangan yang dirampas daripada suspek.

Perbuatan suspek turut tular di pelbagai aplikasi media sosial semalam hingga menimbulkan persoalan orang ramai.

Mengulas lanjut Adzli berkata, ketika kejadian, penganggur tersebut dipercayai melastik ke arah sebuah lori yang berada di laluan lain.  

Menurutnya, ujian urin dijalankan pula mendapati lelaki itu positif dadah jenis MOP.

"Suspek turut memiliki beberapa rekod lampau berkaitan dadah antaranya di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.  

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1) ADB 1952. - Getaran 8 Mac 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad