web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Bangunkan Kaedah Pemberian Vaksin Melalui Mulut, Semburan Hidung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 1:07PM

PPVN sedang membangunkan kaedah pemberian vaksin melalui mulut kerana terdapat rakyat yang takut terhadap jarum picagari bagi mendapatkan vaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menerusi Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) sedang membangunkan kaedah pemberian vaksin melalui mulut dan semburan hidung, menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata kaedah pemberian vaksin yang berbeza selain melalui suntikan itu sedang diteliti kerana terdapat rakyat yang takut terhadap jarum picagari bagi mendapatkan vaksin.

“Seperti yang kita ketahui antara yang menjadi ketakutan rakyat (mendapatkan vaksin) ialah takut kepada jarum suntikan, maka antara pembangunan yang sedang diusahakan termasuk pemberian vaksin secara oral (mulut) dan nasal spray (semburan hidung),” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) yang bertanyakan sama ada PPVN tertumpu kepada vaksin COVID-19 sahaja atau vaksin-vaksin yang lain serta tempoh pembangunan vaksin COVID-19.

Ahmad Amzad menjelaskan PPVN tidak tertumpu kepada penghasilan vaksin COVID-19 semata-mata, tetapi turut melibatkan kapasiti secara umumnya bagi membolehkan Malaysia menghasilkan vaksin untuk penyakit manusia secara tempatan.

Beliau berkata buat masa ini, Malaysia hanya mempunyai kapasiti untuk menghasilkan vaksin haiwan sahaja.

“Berkaitan tempoh 10 tahun (PPVN) adalah daripada segi pembangunan kapasiti supaya dalam 10 tahun, kita ada kapasiti untuk menghasilkan sepenuhnya pengeluaran vaksin secara tempatan.

Berkenaan calon untuk vaksin, Ahmad Amzad berkata terdapat beberapa yang telah melepasi fasa praklinikal dan selepas ini akan menjalani ujian terhadap manusia.

"Insya-Allah kalau melihat kepada tahap kajian yang telah dilaksanakan itu, sekitar 2024 kita ada calon vaksin COVID-19 yang pertama,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad