web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


20 Ekor Kucing Ditemukan Mati Bergelimpangan Di Pantai Bukit Keluang, Besut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 8:21AM

Kucing-kucing yang dijumpai mati dipercayai di racun. - Gambar dari Twitter @jnmalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BESUT - Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di sini hari ini.

Video penemuan bangkai kucing itu, yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook sejak tengah hari tadi serta mendapat pelbagai reaksi warganet yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan perkara tersebut.

Ketika dihubungi Bernama, Badrul Hafeezy berkata beliau amat terkejut apabila ternampak bangkai haiwan itu ketika beriadah di lokasi tersebut.

“Saya dan seorang rakan iaitu Roshanapi Osman, 39, ada di situ pada 9.30 pagi. Semua kucing ini memang kenal dan manja dengan saya sebab saya suka memberi makan apabila ada masa terluang.

“Memang rasa sedih, terkilan dan geram dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup buat begitu … apa salah kucing-kucing jalanan itu.

“Saya muat naik video itu di Facebook dan ada yang beri cadangan untuk saya maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar agar siasatan lanjut dapat dijalankan,” katanya.

Beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada 3.30 petang dan berharap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam insiden itu akan menerima hukuman setimpal.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Dr Anun Man pula berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu dan akan menjalankan siasatan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad