web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Macau Scam, Doktor Rugi Lebih RM60,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 7:55PM

Superitendan Zairolnizal Ishak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA MARUDU - Seorang doktor wanita kerugian RM63,950 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Wanita berusia 31 tahun itu dikatakan menerima panggilan daripada pegawai LHDN sekitar jam 1.50 tengah hari semalam, mendakwa nama dan MyKad mangsa digunakan oleh sebuah syarikat yang mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM228,000.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, perbualan mangsa itu kononnya telah disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka.

Menurut beliau, mangsa didakwa terlibat dengan kes penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

“Dia kemudian diarahkan untuk mendedahkan maklumat kad bank dan perbankan dalam talian, kononnya untuk mengesan penglibatan mangsa dalam kes berkenaan.

“Mangsa kemudiannya memberikan maklumat berkaitan dan hanya menyedari bahawa dia telah ditipu setelah membuat semakan ke semua akaun bank miliknya sekitar jam 5.30 petang, hari yang sama,” katanya.

Menurut Zairolnizal, mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kehilangan wang berjumlah RM63,950 dari akaun bank miliknya.

Susulan insiden, Zairolnizal berkata pihak polis menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, masyarakat perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

Orang ramai juga katanya, dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat peribadi, maklumat perbankan atau melayan panggilan seumpama itu.

“Sesiapa yang mempunyai sebarang keraguan mengenai panggilan yang mendakwa sebagai pegawai polis boleh menghubungi bilik gerakan IPD Kota Marudu untuk pengesahan,” tambahnya. - Getaran, 6 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Ahli Sindiket Macau Scam Ditahan, Pekerja Kilang Rugi RM432,725

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Angkara Sindiket Macau Scam, Jururawat Rugi RM198,000

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Peniaga Rugi Lebih RM1 Juta Ditipu Sindiket Macau Scam

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Pengurus Syarikat Kerugian Lebih RM1.2 Juta Diperdaya Sindiket ‘Macau Scam’

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad