web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Di Rusia Selamat, Keadaan Tenang - Kedutaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 8:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua rakyat Malaysia termasuk pelajar di Rusia ketika ini berada dalam keadaan selamat kerana situasi keseluruhan di negara itu adalah tenang dan aman, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.

Kedutaan itu dalam kenyataan malam tadi memaklumkan bagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia mungkin berdepan gangguan dalam mengakses perkhidmatan perbankan dan kewangan seperti Pindahan Dana Elektronik (EFT) dari Malaysia ke akaun mereka dengan bank tertentu di Persekutuan Rusia.

Kenyataan itu menyebut pihak berkuasa Rusia sudah meneliti perkara tersebut kerana Bank Pusat Rusia telah memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ruble (mata wang Rusia) boleh terus didapati dan diakses.

“Institusi sama telah mengambil langkah untuk memastikan kecairan domestik adalah mencukupi yang membolehkan orang ramai lebih mudah mengakses wang tunai.

“Rakyat Malaysia yang masih berdepan kesulitan perbankan EFT dengan akaun Rusia mereka, atau/dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi kedutaan melalui hotline dan e-mel khas kami ([email protected]),” menurut kenyataan itu.

Kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa Rusia yang berkaitan dan akan terus menasihati rakyat Malaysia mengenai perkembangan lanjut melalui saluran khas terbabit.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya bertenang dan meneruskan rutin mereka kerana perkhidmatan awam berjalan seperti biasa manakala barangan serta perkhidmatan yang diperlukan masih boleh didapati, harga berpatutan dan boleh diakses. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Bebaskan Semua Aktivis Tanpa Syarat, Jamin Keselamatan Mereka’ - Wisma Putra

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo Selamat Tiba Di Tanah Air - KPN

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad