web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cadangan Mudahkan Urusan Derma Organ Melalui MySejahtera - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 6:03PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aplikasi MySejahtera yang dibangunkan untuk pengawasan penularan COVID-19 dan penilaian kesihatan kendiri, dicadang diguna pakai untuk memudahkan urusan pendermaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu berikutan trend pendermaan organ di negara ini semakin berkurangan.

“Sekarang kita lihat jumlah mereka yang setuju untuk memberi organ semakin kurang.

“Dan saya maklumkan kita mungkin boleh guna MySejahtera sebagai satu aplikasi memudahkan rakyat untuk menderma organ mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Tahunan Dialisis di sini, hari ini.

Menurut beliau, ketika ini, negara berdepan peningkatan pesakit buah pinggang kronik khususnya mereka yang terpaksa bergantung kepada rawatan dialisis.

Katanya, terdapat kira-kira 40,000 pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara dan angka itu akan meningkat lebih 100,000 pada 2040.

“Jadi usaha mengurangkan penyakit ini selain dialisis, sudah tentu langkah-langkah pencegahan melalui pemeriksaan kesihatan yang dibuat secara berkala.

“Selain itu juga pemindahan organ, tetapi jumlah mereka yang setuju memberi organ semakin kurang,” katanya.

Khairy berkata, ketika ini lebih 8,000 pesakit dikesan sebagai pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESKD) dan kebanyakan mereka perlu menjalani rawatan dialisis.

Katanya, berdasarkan data kos rawatan dialisis bagi 50,000 pesakit ESKD pada 2020 mencecah RM1.6 bilion.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempergiatkan usaha saringan kesihatan percuma menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang kurang mendapat sambutan ketika ini.

“Berdasarkan data semasa, seramai lima juta rakyat Malaysia layak mendapatkan saringan kesihatan PeKA B40 tetapi hanya sekitar 12 peratus daripadanya yang merebut peluang saringan percuma itu.

“Jadi pada Julai depan, KKM akan melancarkan Bulan Saringan Kesihatan bagi mengajak lebih ramai rakyat Malaysia melakukan saringan kesihatan,” katanya. - Getaran, 5 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan