web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Penyokong KL City, Selangor FC Terbabit Gaduh Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 4:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki yang terbabit dalam pergaduhan membabitkan penyokong perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) dan Selangor FC, dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek berusia 21 dan 23 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam tadi, apabila sepasukan polis yang sedang bertugas bagi perlawanan KL City dan Selangor FC mendapati beberapa penyokong pasukan itu sedang bergaduh antara satu sama lain.

“Pihak polis cuba untuk meleraikan keadaan yang sedang kecoh dan telah mengarahkan kesemua suspek untuk beredar.

“Namun dua lelaki terbabit tidak mengendahkan arahan yang diberikan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan kerana menghalang penjawat awam yang menjalankan tugas.

Muhammad Idzam berkata, kedua-dua pemuda itu ditahan di lokap Balai Polis Salak Selatan di sini untuk tindakan lanjut.

“Mahkamah hari ini membenarkan kedua-duanya direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tiga hari sehingga Isnin ini untuk melengkapkan siasatan.

“Pihak polis turut memberi amaran keras kepada orang ramai agar jangan terbabit dengan sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular, memaparkan sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan yang dilihat berselisih faham, termasuk membaling mercun, dipercayai selepas perlawanan membabitkan KL City dan Selangor FC. - Getaran, 5 Mac, 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 4 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad