web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Negeri Rekod Penggunaan Katil ICU Lebih 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 5:28PM

Ppenggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan direkodkan di Putrajaya, iaitu 83 peratus dengan lima daripada enam katil yang dikhaskan sudah digunakan. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam negeri merekodkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi pesakit COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan di Putrajaya, iaitu 83 peratus dengan lima daripada enam katil dikhaskan sudah digunakan.

“Kelantan pula sudah menggunakan 60 peratus daripada keseluruhan 48 katil ICU di wad tersebut.

“Sebanyak 15 daripada 26 katil di Kuala Lumpur juga sudah diisi pesakit COVID-19, manakala di Selangor menggunakan 57 peratus katil dikhaskan,” katanya hari ini.

Menurutnya, Johor dan Pulau Pinang masing-masing sudah menggunakan 57 dan 50 peratus katil dikhaskan untuk pesakit itu.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, empat negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 90 peratus, iaitu Selangor dengan 111 peratus, Perak (105 peratus), Perlis (98 peratus) dan Kuala Lumpur (91 peratus).

“Selain itu, lapan negeri merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus, iaitu Putrajaya dengan 88 peratus , Kelantan (74 peratus), Pahang (73 peratus), Johor (66 peratus), Terengganu (65 peratus), Perlis (63 peratus), Sarawak (62 peratus) dan Sabah (55 peratus).

“Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), hanya satu negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus iaitu Melaka dengan 58 peratus,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 204, namun peratusan penggunaannya adalah sebanyak 24 peratus.

“Secara keseluruhannya, setiap negeri bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital dan ICU,” katanya.

Setakat semalam sebanyak 745 pesakit atau 36.4 peratus dimasukkan ke hospital, membabitkan kategori 3, 4 dan 5.

Katanya, kira-kira 1,303 kes atau 63.6 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2. - Getaran, 4 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad