web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai TM Di Luar Negara Diminta Giat Promosi Pelancongan Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 4:51PM

Nancy Shukri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pegawai Pelancongan Malaysia (TM) di luar negara perlu memainkan peranan mempromosikan sektor pelancongan Malaysia dengan menggunakan strategi pemasaran bersesuaian.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, seramai 67 pegawai TM itu juga harus berusaha mempelbagaikan strategi pemasaran, seiring perkembangan teknologi digital agar negara dapat mencapai kelompok pelancong sasaran.

“Mereka (pegawai TM) perlu menjalinkan hubungan baik bersama negara penempatan dan bekerjasama erat dengan pemain industri tempatan.

“Mereka turut diseru untuk mempelbagaikan promosi pakej pelancongan baharu dan memberi tumpuan kepada ‘emerging market’ di negara penempatan tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Nancy memaklumkan beliau mengadakan pertemuan bersama lapan pengawai TM yang akan ditempatkan di Pejabat TM di London; Jakarta, Indonesia; Istanbul, Turki; Sydney, Australia; New Delhi, India; Jeddah, Arab Saudi; Taipei, Taiwan dan Auckland, New Zealand.

Beliau berkata, Dasar Pelancongan Negara (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) harus dijadikan sebagai panduan dalam setiap perancangan yang boleh mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

“Kita mesti menarik minat seluruh spektrum pelancong, seperti cultural enthusiasts (penggemar budaya), environmental lovers (pencinta alam sekitar) dan medical tourist (pelancong perubatan). 

“Ini bagi mencapai sasaran pemasaran unik, strategik dan seiring dengan matlamat DPN dan DAKEN,” katanya.

Selain itu, beliau memaklumkan, Malaysia akan membuka sempadan negara apabila tiba masanya.

“Justeru adalah penting untuk semua pegawai TM di luar negara menggunakan pendekatan berorientasi kepada digital agar sasaran Malaysia untuk meningkatkan jumlah kemasukan jumlah pelancong dari luar negara tercapai, sekali gus mempercepatkan fasa pemulihan negara pada tahun ini,” ujarnya. - Getaran, 4 Mac 2022. – Getaran, 4 Mac 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi