web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Kesan Dokumen, Saksi Di Luar Negara Bantu Kes Tawfiq

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 4:02PM

Dr Tawfiq Ayman - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia  (PDRM) sedang mengesan dan mengenal pasti beberapa dokumen serta saksi yang berada di luar negara bagi membantu siasatan kes melibatkan suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Dr Tawfiq Ayman berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya telah berhubung dengan negara terbabit, namun masih belum menerima maklum balas yang diperlukan.

"Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut, namun kita mendapat arahan untuk mendapatkan dokumen dan saksi-saksi terlibat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Mohd Kamarudin pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mendapatkan keterangan saksi serta dokumen berkaitan, sebaliknya perlu menunggu lampu hijau dari negara berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Tawfiq menerusi firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co mengeluarkan kenyataan menjelaskan tidak pernah menerima sebarang bentuk rasuah daripada sesiapa.

Kenyataan itu dibuat selepas bekas pengerusi syarikat perbankan Goldman Sachs, Tim Leissner memberi keterangan ketika perbicaraan terhadap bekas pegawainya Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, baru-baru ini. 

Leissner dilaporkan menyebut penglibatan Tawfiq dengan rasuah dalam projek usaha sama PetroSaudi-1MDB. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 20 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja