web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terpedaya Tawaran Kerja Sambilan Tidak Wujud, Pembantu Tadbir Rugi RM25,930

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 2:03PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pembantu tadbir mendakwa kerugian RM25,930 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan yang sebenarnya tidak wujud sejak 25 Februari lalu.

Wanita berusia 28 tahun itu dikatakan terbabit dalam kerja sambilan berkenaan selepas dimaklumkan rakan sekerjanya mengenai peluang memperoleh keuntungan berlipat ganda melalui pekerjaan terbabit. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, tertarik dengan tawaran itu, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Triang, Bera, melakukan 10 transaksi ke dua nombor akaun diberikan suspek sepanjang tempoh terbabit.

“Mangsa mendapat maklumat mengenai kerja sambilan itu melalui rakan di tempat kerjanya selepas wanita itu mendakwa suaminya memperoleh komisen lumayan dengan melakukan kerja sambilan berkenaan. 

“Dia (mangsa) kemudiannya berhubung dengan suspek yang mengendalikan laman web bagi urusan berkaitan kerja sambilan ditawarkan itu, sebelum diarahkan membuat transaksi ke nombor akaun diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Wazir berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas curiga dengan pekerjaan ditawarkan pengendali laman web itu. 

Katanya, laporan polis dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, pagi semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. 

Tambah Mohd Wazir, penipuan membabitkan tawaran kerja tidak wujud adalah antara modus operandi terbaharu digunakan suspek kes penipuan.

Justeru, katanya, orang ramai diminta lebih berhati-hati sekiranya menerima tawaran seumpama itu. - Getaran, 4 Mac 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 26 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 51 minit yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad