web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 11 Tahun Maut, Jatuh Tingkat 4 Flat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 10:21PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Puncak Alam, Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Suptritendan Shafa’aton Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melibatkan anak sulung daripada tiga beradik itu kira-kira 9 pagi. 

Beliau berkata berdasarkan keterangan, bapa mangsa yang berusia 30-an memaklumkan telah melihat cahaya lampu dari bilik anak lelakinya kira-kira 2 pagi tadi ketika bangun ke tandas. 

"Bapa mangsa bagaimanapun tidak membuat pemeriksaan lanjut kerana menyangka anaknya sedang tidur. 

"Pada 8 pagi, ketika bapa mangsa pergi ke tingkat bawah bangunan flat berkenaan untuk membeli makanan, dia melihat terdapat susuk tubuh terbaring di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Shafa’aton berkata siasatan awal terhadap bapa mangsa mendapati kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang perubahan selain tiada masalah dalam keluarga. 

Beliau berkata pasukan perubatan mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Unit Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Katanya setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 35 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 49 minit yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad