web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bank Boleh Sekat Pelanggan Atau Akaun Disyaki Terlibat Salah Guna, Jenayah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 2:31PM

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak bank boleh mengenakan sekatan ke atas mana-mana pelanggan atau akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata sekiranya transaksi sesebuah akaun menimbulkan kecurigaan, pihak bank boleh mengenakan sekatan sementara bagi membolehkan penilaian secara menyeluruh dilaksanakan, di samping memastikan wang daripada aktiviti penipuan atau jenayah lain tidak dikeluarkan daripada akaun.

“Ini dilaksanakan berdasarkan kepada analisa yang dijalankan oleh pihak bank.

"Antara bentuk sekatan yang boleh dikenakan oleh bank adalah menyekat kemudahan perbankan internet, kad debit dan mesin juruwang automatik, selain penutupan akaun setelah pihak bank berpuas hati dengan hasil penilaian mereka,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mengenai sama ada pihak bank berkuasa untuk menutup akaun pengguna berdasarkan fakta terdapat transaksi mencurigakan dalam akaun pelanggan.

Tengku Zafrul berkata pihak bank boleh mengambil keputusan untuk meneruskan transaksi atau urusan perniagaan dengan pemegang akaun, atau tidak meneruskan transaksi dan menutup akaun pelanggan selepas menilai tahap risiko yang sewajarnya, tertakluk kepada perintah sekatan dikeluarkan pihak berkuasa.

“Langkah penutupan akaun hanya diambil setelah pelaksanaan penilaian yang menyeluruh telah dilakukan, dan setelah memberi notis dalam tempoh yang munasabah kepada pelanggan.

“Secara ringkas, penamatan hubungan antara bank dan pelanggan bukanlah keperluan di bawah undang-undang. Ia adalah panggilan perniagaan oleh pihak perbankan atau institusi kewangan berdasarkan penilaian risiko dalaman mereka,” katanya.  - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad