web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seramai 19,000 Jemaah Terlibat Dalam Penangguhan Umrah, Januari lepas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 2:01PM

Kira-kira 19,000 bakal jemaah terlibat dalam penangguhan sementara perjalanan umrah yang dilaksanakan pada Januari lepas akibat penularan Omicron. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penangguhan sementara perjalanan umrah akibat penularan Omicron Januari lepas melibatkan kira-kira 19,000 bakal jemaah, namun impak mereka yang menanggung kerugian adalah minimum.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata bilangan bakal jemaah yang terpaksa menanggung kerugian adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah jemaah yang terlibat.

“Mereka yang menanggung kerugian ialah kerana tidak boleh mendapatkan bayaran balik (refund) bagi sesetengah pembayaran yang telah dibuat, manakala bagi kebanyakan yang terlibat mereka mempunyai cukup ruang untuk membuat perubahan sewajarnya,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang mahu tahu mengenai bentuk kerugian yang ditanggung oleh agensi pelancongan umrah apabila perjalanan umrah ditangguh sementara akibat penularan varian Omicron COVID-19.

Kerajaan pada 1 Januari lepas mengumumkan keputusan untuk menggantung sementara perjalanan umrah untuk rakyat Malaysia selama sebulan bermula 8 Januari.

Susulan itu kerajaan memutuskan untuk membayar sagu hati RM1,671 kepada setiap jemaah yang terjejas dengan bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan TH penerima.

Nancy berkata bagi pembayaran sagu hati kepada jemaah terlibat, kementerian menerima kira-kira 8,500 permohonan dan bayaran dibuat mengikut kelayakan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

“Antara kriteria yang ditetapkan untuk layak mendapat sagu hati ialah mereka menggunakan syarikat pengendali perjalanan yang berdaftar dengan kementerian, tarikh perjalanan 8 Januari sehingga 7 Februari dan telah mempunyai visa perjalanan,” katanya.

Dalam pada itu, Nancy berkata standard operasi prosedur (SOP) yang digariskan tidak pernah bertujuan untuk membebankan mana-mana pihak, tetapi demi melindungi keselamatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Justeru katanya dakwaan mengenai SOP umrah yang kerap berubah dan menyusahkan umat Islam, beliau berkata perkara itu, tidak tepat sama sekali. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik