web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


412 PPV Untuk PICKids Ditambah Di Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 1:10PM

Kerajaan telah menambah 412 PPV di bawah PICKids secara 'walk-in' di seluruh negara. - Gambar SYEDA IMRAN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sudah menambah sebanyak 412 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) secara ‘walk-in’ di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pertambahan PPV tersebut bagi memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak mereka mendapatkan imunisasi COVID-19 ketika cuti sekolah yang bermula 26 Februari lalu.

“Semasa cuti sekolah ini, ibu bapa yang belum mempunyai janji temu vaksinasi untuk anak berusia lima hingga 11 tahun, digalakkan membawa anak ke PPV berdekatan secara walk-in untuk menerima vaksin.

“Sekiranya kuota vaksinasi kanak-kanak pada hari tersebut habis di PPV dihadiri, ibu bapa boleh memilih untuk datang semula ke situ keesokannya atau mendaftarkan anak menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan slot imunisasi,” katanya.

Dr Noor Azmi berkata, ibu bapa atau penjaga yang mendaftarkan anak untuk menerima vaksin akan menerima pautan tempahan janji temu dengan tarikh dan lokasi vaksinasi boleh dipilih mengikut kesesuaian waktu mereka.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan PICKids dilaksanakan secara ‘walk in’ bermula 1 Mac lalu di beberapa PPV di Lembah Klang, iaitu PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur; PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Setakat 10 pagi ini, data KKM merekodkan sebanyak 929,733 individu atau 26.2 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui PICKids yang bermula 3 Februari tahun ini. - Getaran, 3 Mac 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad