web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Warga Emas, Korban Ke-2 Banjir Di Terengganu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 4:23PM

Seorang warga emas berusia 69 tahun, dipercayai lemas semasa mengharungi air banjir sebelum ditemukan dalam keadaan terapung di sebuah parit oleh orang kampung di Terengganu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Banjir di Terengganu meragut nyawa kedua apabila seorang lelaki warga emas ditemukan lemas kira-kira 50 meter dari Balai Polis Pasir Gajah, Chukai pada 10.15 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata Rahim Deraman, 69, dipercayai lemas semasa mengharungi air banjir, sebelum ditemukan dalam keadaan terapung di sebuah parit oleh orang kampung. 

“Mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Gajah di Chukai tinggal seorang diri di rumah kerana lima anaknya tinggal di luar.

“Semasa banjir semalam, seorang anak mangsa menghubungi jiran meminta tolong untuk melihatkan keadaan ayahnya. Namun mangsa gagal dikesan dan disedari hilang selepas waktu Maghrib,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Beliau berkata kawasan mangsa ditemui itu dinaiki air sedalam dua meter.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut, katanya. 

Semalam, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas berhampiran rumahnya di Kampung Cheneh Baru di Kemaman kira-kira 3 petang. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 2 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi