web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir, Peniaga Di Rantau Panjang Rugi Puluhan Ribu Ringgit

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 3:39PM

Beberapa buah kedai dinaiki air selepas hujan berterusan sejak Jumaat lalu di sekitar Kampung Lubuk Jong, Kelantan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Pekan Rantau Panjang di sini seakan lumpuh akibat banjir sejak Sabtu lepas manakala beberapa peniaga kerugian hingga puluhan ribu ringgit apabila barang perniagaan mengalami kerosakan.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati pekan berkenaan sunyi kerana sebahagian premis belum memulakan kembali operasi perniagaan memandangkan zon bebas cukai itu masih digenangi air sedalam kira-kira 0.5 meter.

Pemilik kedai perkakas dapur, Ang Kuan Tee, 64, berkata beliau tidak sempat memindahkan barangan perniagaan ke tempat lebih tinggi kerana paras air naik dengan cepat.

"Saya sudah berniaga di sini sejak 40 tahun lepas, biasanya paras air hanya mencecah buku lali termasuk ketika bah kuning pada 2014. 

"Situasi banjir kali ini menyebabkan saya dan suami, Ong Tiong Guan, 67, tidak sempat menyelamatkan barangan perniagaan termasuk dapur gas dan barangan elektrik lain yang dianggar bernilai hampir RM10,000," katanya yang ditemui di pekan berkenaan hari ini.

Peniaga tilam, Mohd Azwan Muhammad, 39, pula berkata beliau tidak sangka banjir berlaku bulan ini sekali gus hampir separuh barangan perniagaannya gagal diselamatkan kerana ditenggelami air.

“Tiada kata yang dapat diungkap apabila sewaktu saya datang ke kedai hari ini, saya lihat banyak barang telah rosak. Saya terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000 dan ia merupakan kerugian paling tinggi pernah saya alami sejak berniaga di pekan ini.

“Saya berharap ada pihak berkaitan dapat menghulurkan bantuan kepada peniaga-peniaga sekitar pekan ini," katanya yang sudah berniaga lebih 20 tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi