web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kematian Baharu COVID-19 Kembali Meningkat, Selangor Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 3:02PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kematian baharu akibat COVID-19 menunjukkan peningkatan semalam apabila merekodkan 75 kes, berbanding 40 pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, kematian baharu di luar hospital atau brought-in-dead (BID) turut bertambah daripada 17 kes kelmarin kepada 20, semalam.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus terbabit adalah sebanyak 32,749 daripada 3.4 juta kes positif yang dikesan.

Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Selangor dengan 22 kes, diikuti Johor (13) dan Sabah (11).

Statistik kematian semalam turut menyaksikan Kedah dan Perak, masing-masing merekodkan tujuh kes.

Kelantan, Melaka serta Pulau Pinang mencatatkan tiga kes di setiap negeri, manakala Terengganu merekodkan dua kematian.

Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Kuala Lumpur pula, masing-masing melaporkan satu kematian.

Sebanyak 293,423 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara setakat semalam dengan 281,714 atau 96 peratus daripadanya menjalani kuarantin di rumah.

Menurut data sama, 3,467 pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) manakala 7,881 lagi dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, 361 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 168 memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh dilaporkan semalam adalah 32,749. - Getaran, 1 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 9 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad